Dengan Oktober dah masuk, mula rasa hujung tahun makin dekat. Aku suka fikir awal pasal rancangan penghujung tahun, cuti sekolah, mungkin percutian keluarga, dan persediaan sambut tahun baru dengan lebih teratur.
Refleksi balik sepanjang tahun ni, banyak momen yang telah dilalui bersama keluarga. Ada trip santai, ada perayaan budaya, dan ada pengajaran hidup yang tak dijangka. Semua tu jadi cerita tahun 2024 untuk kitorang.
Baki bulan-bulan terakhir tahun ni, aku nak habiskan dengan syukur dan usaha untuk capai apa yang masih tertinggal dalam senarai azam tahun ni.