Ipoh memang bandar yang tak pernah bosan nak dilawati berkali-kali. Kali ni aku fokus explore kawasan yang belum pernah pergi, kampung-kampung sekitar Ipoh yang ada sejarah lombong bijih timah.
Sempat singgah beberapa kedai kopi legend yang tersembunyi jauh dari kesibukan pelancong kat pusat bandar. Kopi dia dan suasana lagi autentik, lain macam dari trip-trip sebelum ni.
Setiap kali ke Ipoh, mesti ada je sudut baru yang aku belum explore. Dah berapa kali pun datang, masih ada tempat yang aku tak pernah jejak lagi.