Tukar penyapu elektrik lama yang berwayar ke unit vertical tanpa wayar yang lebih ringan dan mudah alih. Proses membersih jadi lebih pantas tanpa perlu risau wayar tersangkut pada perabot atau kaki sendiri.
Battery tahan cukup lama untuk bersihkan seluruh rumah dalam satu sesi caj penuh. Ciri suction yang kuat pun berkesan mengutip habuk dan rambut haiwan peliharaan dengan lebih baik dari model lama.
Bersihkan rumah jadi kurang membebankan sekarang, tak payah lagi berlawan dengan wayar setiap kali nak sapu bawah sofa.