Dengan Mei hampir berakhir, bermakna hampir pertengahan tahun 2025. Semak balik azam yang ditetapkan awal tahun: progress secara keseluruhan memuaskan walaupun ada beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan lagi usaha.
Hobi fotografi yang dimulakan awal tahun kini semakin berkembang dengan beberapa gambar yang aku sendiri berpuas hati dengan hasilnya. Hubungan kekeluargaan pun terus dipupuk melalui pelbagai aktiviti dan perjalanan sepanjang tahun ni.
Baki separuh tahun lagi, nak fokus lebih pada konsistensi dan kualiti berbanding kuantiti pencapaian. Ada beberapa perkara nak cuba lagi elok untuk separuh kedua tahun ni.