Beli set beg simpanan vakum untuk simpan pakaian musim yang jarang digunakan, jimatkan ruang almari yang semakin sempit dengan bertambahnya pakaian keluarga. Proses vakum menggunakan vacuum cleaner rumah biasa, senang dan pantas.
Selepas divakum, saiz pakaian yang disimpan mengecil dengan ketara, ruang dalam almari pun jadi lebih lapang. Bahan yang digunakan pun cukup tahan lasak dan tidak mudah koyak walaupun kerap digunakan.
Untuk rumah dengan ruang simpanan terhad macam rumah kami, beg vakum ni memang membantu. Boleh simpan baju raya dan pakaian sejuk anak-anak tanpa perlu tambah almari baru.