Singgah Teluk Batik dekat Lumut hujung minggu ni, pantai yang tak ramai orang tahu berbanding Pangkor atau pantai-pantai popular lain kat Perak. Air memang bersih dan tak sesak, senang je nak cari tempat duduk dekat pantai.
Cuba beberapa water sports ringan kat situ, lepas tu makan seafood kat gerai tepi pantai. Anak-anak lebih suka main pasir je sepanjang petang berbanding aktiviti yang kami dah bayar, biasalah budak-budak.
Kalau nak pantai yang tak payah beratur parking atau share space dengan bas pelancong, Teluk Batik ni boleh jadi pilihan. Mungkin akan singgah lagi lain kali dalam perjalanan ke Lumut.