Hari Pertama Anak Sulung Di Sekolah Menengah, Fasa Baru Bermula

Hari yang telah lama ditunggu tiba, anak sulung mulakan hari pertama di sekolah menengah. Campuran emosi bangga dan sedikit sedih memenuhi hati melihat dia melangkah masuk ke fasa baru kehidupan persekolahan yang lebih mencabar.

Dia sendiri nampak gementar tapi bersemangat, sudah sedia dengan uniform baru dan buku-buku yang telah disusun rapi malam sebelumnya. Perbualan sepanjang perjalanan hantar dia ke sekolah dipenuhi dengan nasihat dan doa untuk kejayaannya.

Balik nanti dia cerita macam mana hari pertama, aku dah tak sabar nak dengar. Doa je semoga dia dapat kawan baik cepat dan tak rasa lost sangat kat sekolah baru.

Scroll to Top