Setahun Lebih Belajar Fotografi, Perkembangan Yang Memuaskan

Reflect balik perjalanan belajar fotografi aku yang kini dah lebih setahun, dari asas komposisi yang mulanya rumit sampai kini boleh tangkap gambar sunrise di Broga Hill yang aku sendiri puas hati tengok.

Yang paling bermakna, aku dapat kongsi minat ni dengan anak sulung yang kini turut aktif dalam kelab fotografi sekolah. Apa yang mula sebagai hobi peribadi aku, jadi sesuatu yang kami boleh borak sama-sama sekarang, tukar gambar, bagi pendapat pasal angle masing-masing.

Setahun belajar ni ajar aku satu benda, umur bukan halangan untuk mula sesuatu yang baru. Nak teruskan explore fotografi ni dengan lebih mendalam tahun-tahun akan datang.

Scroll to Top