Belajar Mengalah Bukan Bermakna Kalah

Ada perdebatan kecil dengan pasangan minggu ni tentang perkara remeh yang boleh jadi besar kalau tak diurus dengan baik. Mulanya aku insist untuk “menang” dalam perbincangan tu, tapi lama-lama sedar keharmonian rumah tangga lebih penting dari sekadar betul atau salah.

Belajar mengalah dalam perkara-perkara kecil ni sebenarnya tanda kematangan menguruskan hubungan, bukan tanda kalah atau lemah. Tak semua perkara perlu dimenangi, kadang lebih penting jaga perasaan orang yang kita sayang.

Pengajaran ni bukan untuk rumah tangga je, boleh pakai juga dalam hubungan keluarga, kerja, dan persahabatan.

Scroll to Top