Singgah kedai bak kut teh yang dah beroperasi puluhan tahun, terkenal dengan kuah herba yang pekat. Daging rusuk empuk dengan tauhu yang meresap rasa kuah, memang sedap untuk makan tengahari.
Nasi putih panas dengan cakoi rangup jadi pelengkap untuk hidangan ni. Meja kayu lama dan struktur bangunan yang tak berubah bertahun-tahun buat rasa macam makan zaman dulu-dulu.
Kedai-kedai lama macam ni memang patut disokong. Rasa dia konsisten dari dulu sampai sekarang, susah nak jumpa macam ni kat tempat lain.