Ambil kesempatan hujung minggu untuk lawati Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, walaupun kami tidak menganutnya. Suasana meriah dengan ribuan penganut yang membawa kavadi memang menakjubkan untuk disaksikan.
Anak-anak terpegun tengok pelbagai persembahan muzik dan semangat pengabdian para penganut yang mendaki tangga curam sambil membawa susu untuk persembahan. Bertoleransi dan menghormati amalan agama lain ni penting untuk diajar dari kecil.
Selamat Menyambut Thaipusam untuk rakan-rakan yang meraikan. Anak-anak dah mula tanya banyak soalan pasal apa yang mereka nampak hari tu, dan itu je dah cukup buat trip ni berbaloi.