Belajar Fokus Satu Benda Sahaja Dalam Satu Masa

Sedar diri selalu cuba multitask — reply email sambil dengar meeting, scroll phone sambil tengok TV. Rasa produktif, tapi sebenarnya kualiti setiap aktiviti tu jadi kurang dan otak sentiasa rasa penat.

Minggu ni cuba latih diri fokus pada satu benda sahaja dalam satu masa. Bila kerja, betul-betul kerja tanpa notification phone. Bila luangkan masa dengan keluarga, letak phone jauh dan betul-betul present.

Perubahan kecil ni memberi impak besar pada kualiti kerja dan hubungan dengan orang tersayang. Single-tasking rupanya lebih efektif dari multitasking yang aku sangka produktif selama ni.

Scroll to Top