Periuk Kukus Bambu Tradisional Untuk Masakan Yang Lebih Autentik

Beli periuk kukus bambu tradisional untuk masak pau dan dim sum dengan cara yang lebih autentik berbanding periuk kukus logam moden. Aroma bambu semula jadi yang meresap ke dalam makanan memang beri rasa yang berbeza, susah nak describe tapi memang boleh rasa perbezaan tu.

Proses penjagaan sedikit berbeza dari peralatan moden, perlu keringkan dengan betul untuk elak kulat tumbuh disebabkan bahan semula jadi bambu. Hasil masakan yang dikukus pun terasa lebih ringan dan sedap berbanding menggunakan periuk logam.

Kalau kerap masak pau atau dim sum kat rumah, periuk bambu ni memang berbaloi nak beli. Cuma kena rajin sikit jaga supaya tahan lama.

Scroll to Top