Malam Steamboat Penutup Tahun Bersama Keluarga Besar Lagi

Sekali lagi anjurkan malam steamboat sempena penghujung tahun bersama keluarga besar, tradisi yang telah menjadi acara tahunan yang dinanti. Pelbagai jenis bahan segar disediakan untuk dimasak sendiri ikut citarasa masing-masing.

Anak-anak yang kini lebih besar mula lebih terlibat dalam persediaan, dari susun bahan sampai bantu masak untuk saudara yang lebih muda. Perbualan santai sambil makan bersama-sama memang mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan menjelang penghujung tahun.

Rasa best bila semua orang duduk sekeliling meja yang sama, sembang sambil masak sendiri lauk masing-masing. Nak sambung tradisi ni tahun depan lagi.

Scroll to Top