Suku Pertama 2025 Hampir Lengkap, Refleksi Ringkas

Masuk Mac, bermakna suku pertama tahun 2025 hampir lengkap. Refleksi balik azam yang ditetapkan awal tahun: konsistensi jog masih terjaga walaupun ada je minggu yang terlepas, dan pembacaan buku pun on track untuk target 12 buku setahun.

Hobi fotografi yang baru dimulakan pun berkembang dengan baik, jadi salah satu ruang kreatif yang aku nikmati sepanjang tempoh ni. Kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhan lebih terjaga berbanding tahun-tahun sebelum.

Baki tiga suku lagi tahun ni, nak teruskan momentum ni. Kalau boleh jaga konsistensi jog dan bacaan macam ni sampai hujung tahun, dah cukup bagus.

Scroll to Top