Buat perjalanan yang lebih adventurous ke Taman Negara Pahang, salah satu hutan hujan tertua di dunia. Naik bot menyusuri Sungai Tembeling untuk sampai ke Kuala Tahan, pengalaman perjalanan yang sendiri sudah menyeronokkan.
Sempat berjalan atas canopy walkway yang terkenal, memberikan pandangan unik dari atas pokok-pokok tinggi hutan hujan. Anak-anak agak takut-takut tapi teruja dengan pengalaman berjalan tinggi di atas pokok tu.
Trip ke hutan hujan tertua di dunia ni memang tak dapat dilupakan. Rasa bertuah Malaysia ada khazanah alam macam ni, dan harap ia terus dijaga.