Beli set gunting rambut elektrik untuk potong rambut anak-anak sendiri di rumah, jimatkan kos salon yang semakin mahal terutama untuk keluarga dengan beberapa anak. Pelbagai attachment yang disediakan memudahkan sesuaikan panjang rambut ikut keperluan.
Percubaan pertama agak mencabar dengan hasil yang tak sekemas salon profesional, tapi lama-lama mula dapat teknik yang lebih baik. Anak-anak pun okay dengan hasil rambut yang dipotong sendiri, walaupun kadang tak sempurna.
Perlukan sedikit kemahiran untuk dikuasai, tapi duit yang jimat tiap bulan tu memang berbaloi dengan usaha belajar tu.